Thursday, January 23, 2014

TAHNIAH!! Kenaikan Pangkat Asst. Sales Manager


Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong saya selama ini. Usaha yang berterusan membuahkan hasil yang sangat baik di dalam perniagaan. Namun ini bukanlah penamat, banyak lagi yang saya akan capai dalam industri takaful ini, bersama dengan syarikat Etiqa Takaful.

Syarikat yang dulu namanya Takaful Nasional (Takaful Kebangsaan) telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1993. Sejak itu Takaful Nasional menjadi peneraju Industri Takaful di Malaysia. Sepanjang penglibatan dalam industri ini, syarikat bersama-sama agent berjaya meningkatkan tahap kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan takaful.


Setelah sekian lama, hampir 12 tahun Takaful Nasional berkecimpung dalam industri ini, akhirnya pada tahun 2005 Ahli Kumpulan Maybank berminat untuk bergabung bersama Takaful Nasional. Ini membolehkan produk takaful dari Malaysia dipasarkan di luar negara melalui Maybank.(Maybank adalah perbankan No1 di Asia Tenggara)


Dengan gabungan ini nama Takaful Nasional dibuat penjenamaan semula dengan nama yang unik Etiqa Takaful (kami orang yang beretika menjalankan perniagaan takaful). jadi..itulah serba sedikit tentang etiqa takaful. Kepada yang berminat untuk ketahui produk dari etiqa takaful.. saya sedia membantu...


0 comments:

Post a Comment